still me

still me
#manahatiku

Isnin, 13 Julai 2015

psy dan bieber bergabung

Kedatangan Justin Bieber ke Korea adalah untuk melangsungkan konsert di Bangi-dong Olympic Park. Ia merupakan konsert pertama Justin di negara tersebut sehingga ramai peminat tertanya-tanya sama ada sahabat barunya iaitu Psy akan hadir ke konsertnya atau sebaliknya.

Menerusi akaun Twitternya, Justin jelas membuktikan bahawa kedua mereka  merupakan sahabat baik. "Teruja untuk terbang ke Korea untuk membuat persembahan 10 Oktober ini. Berkemungkinan kamu akan bertemu sahabat baik saya iaitu Psy dan G-Dragon. Bersiap-sedialah," ujar Justin menerusi status twitternya.

Melalui instagram milik pengurus Justin iaitu Scooter Braun, Justin, Psy dan G-Dragon telah pun berjumpa dan sempat menghabiskan masa bersama. Scooter turut menerima album terbaru G-Dragon yang berjudul "Coup D'etat" sebagai hadiah.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan