FAHAMI BAHASA TUBUHNYA
Bahasa tubuh boleh dijadikan ‘pemberitahuan terbesar apabila seseorang
menyimpan perasaan suka terhadap seseorang. Kajian percaya wanita
mempunyai sekitar 52 jenis bahasa tubuh, manakala lelaki pula hanya
menunjukkan 10 jenis bahasa tubuh. Misalnya, si dia kerap curi² melihat
wajah korang. Perhatikan bulu keningnya yang sedikit terangkat kerana
terlalu teruja. Kemudian, si dia kerap mahu berada dekat tak kisahlah
sama ada sedang duduk mahupun berdiri. Perhatikan juga cara si dia
duduk. Adakah si dia duduk dengan kaki yang luas @ tangan di pinggul?
Petanda si dia cuba menarik perhatian.
DENGAR APA SI DIA KATAKAN
Jika benar si dia meminati korang, si dia bertukar menjadi seorang yang
gementar secara tiba² apabila berada betul² depan korang. Dia mungkin
mula bercerita tentang dirinya lebih² lagi jika korang cuba bercerita
tentang lelaki lain. Setiap perkataan yang dilemparkan akan ber-ulang²
& kadang-kala pula kurang jelas untuk didengari. Semuanya jadi tak
keruan.
LAYANAN SEKELILING
Jika si dia benar² mahu menjadi kekasih, si dia akan mula menjadi
seorang yang bersikap pelindung supaya tampak gentleman & mahu
korang berasa selamat. Lihat gelagatnya menarik kerusi, meletakkan
tangannya di atas sandar kerusi korang, memberikan jaket ketika sejuk @
mengambil sendiri pesanan makanan di kaunter. Selain daripada tu,
perhatikan pandangannya jika di kelilingi gadis² cantik. Adakah si dia
tetap memandang korang @ pergi melayan gadis² lain yang lebih dekat?
MINAT TIBA² SAMA
Sebagai contoh, jika korang meminati genre muzik blues tetapi si dia
kurang mengenalinya, si dia akan meminta pandangan korang pula untuk
mengetahui genre muzik yang diminatinya. Se-kurang²nya si dia takkan
merasa malu. Jika korang mula memperkenalkan siri TV kegemaran korang,
si dia mula akan mengikuti perkembangan siri tersebut se-mata² mahu
mempunyai persamaan.
PERMAINAN MATA
Tak perlu berselindung lagi... Semakin kerap si dia cuba melihat
korang, bermakna si dia cuba menarik perhatian korang untuk berkata
sesuatu. Paling ketara apabila korang cuba membalas dengan melihatnya,
tetapi si dia akan berpaling kerana malu. Untuk menguji sama ada si dia
benar² sedang memerhati, lihat si dia & cepat² alihkan pandangan ke
tempat lain. Dalam masa sepuluh saat, lihat kembali ke arahnya. Jika si
dia masih memerhati, sah si dia meminati korang.
SIKAP MELALUI SENTUHAN
Untuk mengetahui sikap si dia sama ada kategori mata keranjang @ tak,
perhatikan sikapnya yang gemar bersentuhan. Ada baiknya korang usah
layan peminat seperti ni kerana dia bukanlah ikhlas untuk mengenali
dengan lebih mendalam. Percaya @ tak, korang bukan je
mangsanya tetapi teman² korang juga. Kesimpulannya, si dia memang meminati korang tetapi untuk jangka masa sekejap.
PERHATIAN RAKAN²
Perbuatan yang amat ketara apabila si dia dibantu melalui tindakan
rakan²nya. Si dia akan menjadi mangsa usikan rakan²nya sehingga ia akan
sampai ke telinga korang. Misalnya, menolak si dia secara paksa untuk
berdiri di sebelah korang mahupun sering sebut nama si dia sebagai
peminat yang kerap mengirim salam.
PETANDA GEMURUH
Gelak tawa yang bercampur baur, tapak tangan yang berpeluh, menarik
nafas yang panjang @ cepat² mengalih pandangan merupakan petanda ketara
si dia sedang gemuruh. Jika kesemua petanda ni ada pada si dia,
nampaknya si dia mahu mulakan langkah seterusnya.
Jangan salahkan si dia jika tiba² saja bajunya basah kerana terlalu
gemuruh bila korang menghampirinya lalu bertanya, “Ada masalah?”.
LAMAN SEMBANG
Setiap hari, pasti si dia tetap ada dalam senarai laman sembang
korang. Si dia tak pernah jemu menegur & berborak se-mata² untuk
lebih rapat. Semestinya, si dia lebih banyak bercakap,lebih mesra &
tak membosankan tatkala ber-bual². Tapi, korang akan menjadi seorang
yang pemalu bila berjumpa.
KEBETULAN
Ibarat cermin kerana setiap hari korang pasti ternampak si dia. Ia
mungkin tindakan drastik apabila si dia semakin mahu mendekati korang.
Jika korang perasan, si dia cuba meniru setiap tindakan korang se-olah²
seperti seorang pengintip pula. Di mana je korang berada, di situ pasti
ada dia. Kalau tak percaya, cuba sentuh rambut korang & si dia juga
akan sentuh rambutnya. Jika di tempat makan, si dia tiba² mengatakan,
“Ah... Kebetulan kita di meja yang sama.”
BUAT LAWAK
Ji ka si dia seorang yang ceria,bersikap ke-budak²an & berani, si
dia mungkin tak ter-agak² untuk membuat lawak di depan korang untuk
menarik perhatian. Ia mungkin disukai tetapi boleh jadi menggagalkan
dengan lawaknya yang sakastik & menjengkelkan tu. Semestinya
kandungan lawaknya bersikap jujur & lurus tetapi ia bukan kenangan
yang manis untuk diingati kerana berkemungkinan ia mendatangkan rasa
malu buat korang.
KERAP MEMUJI
Setiap hari korang mengenakan solekan yang sama tetapi tiba² saja si
dia cuba memuji korang berlebih ²an. Kedengaran aneh tapi tu hakikat si
dia memang menyimpan perasaan terhadap korang. Namun, tak semua orang
mempunyai sikap berterus-terang dalam bab memuji kecuali si dia pertama
kali memuji.
TANDA ISYARAT
Ketahui isyarat² yang diberi misalnya si dia mengangkat tangan dengan
isyarat mengajak korang makan bersama. Terdapat banyak isyarat yang
sering digunakan seperti menunjukkan isyarat jari tanda ajak ber-siar²
& macam² lagi. Tujuan si dia memberi tanda isyarat adalah supaya si
dia kurang merasa malu jika tawarannya ditolak mentah²
KERAP SMS
Korang tahu si dia sedang bersama teman²nya tetapi telefonbimbit
memang tak pernah lekang dari jarinya. Nampaknya, di mana² jua si dia
berada, korang tetap menjadi pilihannya untuk bersembang &
menganggap korang lebih penting dari teman²nya.
AJAKAN DARI RESPONS
Si dia mula membicarakan tentang artis kegemaran yang bakal membuat
konsert tak lama lagi. Bukan apa, dengan harapan korang memberi respons
untuk mengikutnya menonton konsert tersebut. Jika korang memberi respons
positif, pastinya tiket percuma dalam genggaman.
SERBA TAHU
Dia bukanlah seorang peminat fanatik tetapi kerana minat, si dia tahu
di mana lokasi kediamankorang, warna kegemaran, makanan kegemaran &
semuanya dari hujung rambut hingga ke hujung kepala
PAK TURUT
Dia tak kisah jika dianggap ‘pak turut’ dalam apa jua keadaan
sekalipun. Demi cinta, si dia sanggup melakukan apa je yang korang minta
& suruh. Si dia akan terus berusaha untuk memenangi hati korang
hingga menjadi kekasihnya suatu hari nanti. Bak kata pepatah, lautan api
pun sanggup si dia renangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan